Cinta Korea…

Filed under: Uncategorized — rahyla at 12:25 am on Friday, August 29, 2008

Sejak kali pertama saya mengenali cerita korea…saya jatuh hati padanya…segalanya bermula dgn winter sonata…then autumn in my heart…sampailah ke arini…you are my destiny (KBS)…astro…(saya tak pnh missnya)

eeeemmmm…entah napa saya benar2 admirer dgn kisah cinta korea…bila saya fikir…fikir…fikir…baru saya tau….saya mengimpikan kisah cinta saya seperti cinta psgn cerita korea…

Saya mengimpikan kekasih saya seperti hero korea, bukan dr segi rupa, tetapi wataknya…bila dier cintakan sorg perempuan tu…hanya perempuan tu jer yg dier cinta…hanya perempuan tu yg boleh bahagiakan dier…hanya perempuan tu yang dia inginkan…dier benar2 inginkan…kalopun ader perempuan korea lain, yg cantik, yg menarik, yg kaya yg lebih dari kekasihnya…dier takkan tergoda…dier takkan berpaling arah pada perempuan lain…dier tidak akan membuatkan teman wanitanya curiga…contohnya, cerita winter sonata…mcm mana chea rin goda junsang…tp yoo jin tau, junsang hanya cinta pd dier sorg…yoo jin takder rs cemburu, takda rs curiga, takda rs risau sbb dier yakin…junsang hanya inginkan dier…saya teringin untuk mempunyai perasaan begitu…saya takder rs curiga, risau, cemburu apabila saya mencintai seseorang kerana saya yakin, dier hanya gilakan saya…saya ingin begitu…

begitu juga dgn heroin korea…cthnya cerita sad sonata…dier hanya inginkan Xu Jun Ying…walopun ader lelaki lain yg lebih segalan-galanya cuba godanya…

kepercayaan…saya sgt sukakan kepercayaan yg lahir dr percintaan korea itu…contohnya stairway to heaven, walaupun mak tiri dan adik tiri heroin tuduh dan burukkan heroin mcm2…sampai diorg tuduh heroin berkesedudukan dgn abg tiri dier…heroin ada niat jahat, tp hero tetap percaya…heroin tak mcm tu…dier hanya percayakan kekasih hatinya…

Saya mengimpikan cinta yang begini…saya benar-benar impikan kekasih hati seperti hero korea yang telus dalam cintanya, yang setia pd kekasihnya, yang tidak bisa mencurigakan kekasihnya, yg tidak membuatkan kekasihnya cemburu, risau, resah, gelisah…yang benar-benar meyakinkan kekasihnya…

Itulah cinta impian saya…saya tak tau sama ada cinta ini dapat saya rasai satu hari nanti…tapi saya benar-benar mengimpikan cinta yang begini…

kalo tiada kekasih yg seperti hero korea, biarlah dier tiada…biarlah takder cinta…tapi kalo ader…saya benar-benar menghargainya…saya pasti tidak akan melepaskannya…kerana itulah cinta impian saya….

rahyla

mampu ker yla…

Filed under: Uncategorized — rahyla at 1:32 am on Thursday, August 14, 2008

yla btul2 dah lama tak menulis blog…sejak 2 mgu lalu…idup yla mengalami perubahan…kalo dulu boleh bersuka ria…skrg tak lagi…rutin yla agak terkejar2…pg seawal 6.30 yla dah bertolak ke kl…yla join kelas persediaan tok ielts di british council…

balik dr ielts…yla amazing race ke um…kelas yg pertama di pusat asasi sains…utk2 student foundation architectural…

lepas abis mengajar di asasi…yla akan bergegas pulak ker faculty utk mengajar student2 final year paper macro 3…n macro 3 diorg lebey kurang mcm advance macro di peringkt master…yla mengajar kuliah n tutorial…alhamdulillah, yla dpt student2 yg sgt2 baik dan sgt2 bijak…walaupun sedikit nakal…:P

baru yla sedar…jadi pensyarah bukanlah semudah yg yla sangkakan selama ni…kdg2 yla terpikir…

btulker yla masuk academic line ni…am i in a gud track?

mgu ni…kepala yla mcm ada bintang2 berkelip3…setelah mendapat email dr Prof Michael Wendelboe…insyaALLAH dierlah supervisor yla nanti…dier telah menyenaraikan 1001 journal, buku….yg perlu yla kaji…utk thesis phd nanti…rs tergamam sgt2…byk yg perlu yla tambah dlm proposal yla…byk sgt yg perlu yla tambah dlm kajian yla nanti…

yla benar2 berharap diberi kekuatan…

belum lagi sampai di sana…yla sudah dilambakkan kerja2 begini…kehangatan makin terasa…ntah mcm manalah yla bila sampai di sana nanti…mesti berpuluh kali ganda dr ini…

Mohon doa restu semua…utk dipermudahkan segala persediaan yla utk menuntut ilmu di peringkat yg lebey tinggi…kdg2…rasa takut…mampu ker yla nak sambung phd dlm usia begini…di benua yg berbeza…

yla yang berbintang2 di kepala,

uwauwauwauwauwa